Harapan...

Ahad, November 27, 2011

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433..BUAT PENDUDUK PASIR GAJAH

aWAL MUHARAN / MAAL HIJRAH



Hari ini Ahad 27 Nov 2011 merupakan bersamaan Tahun baru Hijrah 1433 dengan permulaan haribulan 1 Muharam 1433.Dalam kesyukuran kita menyambut Tahun Baru Hijrah kerana kita ditakdirkan berada di dalam sebuah negara yang aman dan damai di bawah pemerintahan Kerajaan yang disayangi RAKYAT iaitu KERAJAAN BN.


Di Terengganu juga begitu,melalui pilihan yang tepat oleh RAKYAT yang mahukan sebuah kerajaan yang mementingkan RAKYAT,RAKYAT telah memilih BN sebagai kerajaan yang SAH menerajui Terengganu yang diketuai oleh PARTI KERAMAT ORANG MELAYU iaitu UMNO....



Jadi....bersama kita bersyukur kehadrat ALLAH semoga tahun baru HIJRAH ini akan membuka pintu hati rakan-rakan kita terutama di PASIR GAJAH agar bersama menyokong UMNO kerana UMNOlah satu-satunya PARTI yang meletakkan ISLAM ditempat yang tinggi dan mempertahankan ISLAM walau dalam keadaan apa sekalipun.


Di Masjid Pasir Gajah semalam telah diadakan bacaan doa awal muharam oleh Tuan Imam Abbas bin Taib dan disusuli dengan solat mahgrib dan tazkirah oleh hadirin penduduk yang hadir.


JKKK dan seluruh pentadbiran kampung Pasir Gajah mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 kepada seluruh penduduk Pasir Gajah.Semga kita hidup dalam suasana makmur dan aman.AMIN.

Tiada ulasan: