Pemandangan begini sudah tiada lagi......jambatan ini sudah dipunggah
Motosikal sahaja boleh naik...kereta? jangan tebeng.....kata En Osman Hitam
Pengalaman menyeronokkan....tarik tali itu
Dah nak sampai....seronok juga naik FERI ini..
Pengalaman menyeronokkan....tarik tali itu
Dah nak sampai....seronok juga naik FERI ini..
Pada Sept - Oktober 2011,apabila dengan rasminya jambatan asas yang dibina semasa pemerintahan PAS oleh JSR pada masa itu ,yang telah rosak teruk akibat rempuhan air sungai kerana pembinaannya sama aras dengan aras sungai dipunggah,dibuang dan dicabut oleh "JK pembina jambatan masa itu",bersama dengan jambatan yang dibina oleh JKKK juga turut dipunggah.....maka sungai tersebut sudah bebas dari himpunan kayu-kayu yang tersekat.
JKKK Pasir Gajah yang hanya menjadi pemerhati agar jambatan tersebut dipunggah dengan jayanya, mempunyai inisiatif lain untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyeberang ke seberang sana.Melalui percambahan idea En Osman bin Hitam,AJK JKKK bersama anggota RELA dan penduduk telah membina pengangkutan baru iaitu "FERI air yang boleh ditarik dari sebelah tebing".
Antara kompunen untuk membina FERI ini ialah 20 biji tong drum plastik,papan lantai secukupnya,tiang kayu untuk dibuat rasuk,kayu untuk dibuat pagar,sebuah mesen getah lama untuk menarik tali,tali besi sepanjang 100 meter,tali dan akhir sekali idea dan kerjasama.
Kepada yang ingin merasai pengalaman menaiki FERI air ini,datanglah ke Kg Laut Pasir Gajah dan naiklah...tanpa ada bayaran.Cumanya,keselamatan hendaklah diutamakan jika membawa keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan