Harapan...

Sabtu, Mac 02, 2013

120 ORANG PENDUDUK HADIR TERIMA SURAT BRIM


Ketua UMNo Tn HJ Mohd Nor berucap

Penerima yang hadir

Lagi penerima yang hadir

Menyampaikan surat BRIM

Terima surat BRIM

Norazlina bt Muhamin....terima surat BRIM

CW Muda bin CW Su.....terima surat BRIM

Pada 1 Mac 2013,Jumaat malam Sabtu,JKKK Pasir Gajah bersama UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan majlis penyerahan surat penerimaan baucer BRIM2.0 bertempat di PDM UMNO Pasir Gajah.
Dalam majlis ini,seramai 120 penerima BRIM 2.0 dari Pasir Gajah telah dijemput hadir untuk bersama dalam majlis penuh muhibbah ini.

Majlis yang bermula jam 930 malam ini dimulakan dengan ucapan aluan SU JKKK Cikgu Zaik yang memberi penerangan tentang penerimaan baucer ini iaitu di MPK Kemaman pada 3 Mac 2013 Ahad bermula jam 830 pagi.SElain itu SU JKKK juga memberi panduan agar penerima BRIM dari Pasir Gajah sentiasa menunjukkan nilai murni memandangkan Pasir Gajah telah di gredkan dengan Kampung Gred A di Daerah Kemaman.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd Nor,Ketua Kampung Pasir Gajah beliau menyatakan bahawa penerima BRIM 2.0 ini tidak boleh diwakilkan dan untuk wakil menerimanya ialah pada 12 Mac 2013 nanti.

Antara AJK yang hadir ialah Ketua Puteri UMNO Cawangan Pasir Gajah Pn Asmida A Rahman,Pengerusi KRT En Afzalizam bin Awang Hamat,Pegawai APMT dari Pejabat DUN UMNO Ayer Puterh En Mohd Asri bin Abdullah Zawawi,AJK JKKK dan AJK UMNO.Majlis berakhir dengan jamuan ringan yang diuruskan oleh Pn Noorhayati Mohd Soud,AJK Wanita UMNo Cawangan Pasir Gajah.Majlis berakhir jam 1100 malam.

Tiada ulasan: