Harapan...

Isnin, Mac 04, 2013

MAJLIS TEMUMESRA AJK JKKK BERSAMA PENGURUSAN BARU KOWPAG 2013


Pamplet Penubuhan Koperasi untuk Desa Lestari 2013...Pasir Gajah dipilih

Tn Hj Mohd Nor bersama ALK KOWPAG Saudara Mohd Nazri

Pengerusi KOWPAG Saudara Mohd Saidi bersama SU JKKK Cikgu Zaik

Pengerusi KOWPAG {Kanan} Saudara Mohd Saidi

AJK JKKK

AJK JKKK dan ALK KOWPAG

Pada 2 Mac 2013,Sabtu malam Ahad,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan temumesra bersama ALK KOWPAG bagi membincangkan pemberian peruntukan dalam penubuhan Desa Lestari 2013 yang melibatkan peruntukan jutaan ringgit dari KKLW melalui KETENGAH.Majlis bermula jam 920 malam di bilik Mesyuarat JKKK Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh telah memberi garis kasar tentang pemilihan JKKK Pasir Gajah melalui kecemerlangan kampung untuk dianugerahkan kampung ini sebagai kampung yang terlibat dengan Desa Lestari.

Selain itu JKKK Pasir Pasir Gajah juga akan menurunkan kuasa pengurusan ini kepada Koperasi yang ada di kampung ini iaitu Koperasi Warga Pasir Gajah {KowPAG} yang dipengerusikan buat sementara ini leh Saudara Mohd Saidi bin Abd Ghani.

Pertemuan ini juga menjelaskan peranan KOWPAG dalam pemilihan projek dan aktiviti yang bersandarkan kepada peruntukan yang diberikan serta kelulusan yang melibat permohonan tanah.Antara yang hadir ialah ALJ KOWPAG iaitu Saudara Mohd Nazri Othman,Saudara Ismail Abd Ghani,Hj Abd Rani bin Mohd Yunus,Pn Noorhayati Mohd Soud.

Majlis juga menyaksikan Pengerusi JKKK pasir Gajah menyerahkan fail berkaitan Desa Lestari epada En Mohd Saidi bin Abd Ghani untuk diurustabdirkan oleh KOWPAG,Majlis selesai jam 1100 malam.

Tiada ulasan: