Harapan...

Sabtu, Mac 16, 2013

MESYUARAT AGUNG KOPERASI PASIR GAJAH KALI PERTAMA SETELAH 3 TAHUN DITUBUHKAN

 Banner mesyuarat agung
 Kertas minit
 Pendaftaran kehadiran
 En Mohd Nazri...pengacara majlis
 Yang hadir....
 Yang hadir
 Dif jemputan
 YB merasmikan
 Cenderahati untuk YB
 Mesyuarat agung dimulakan
ALK menyelaraskan mesyuarat

Pada 8 Mac 2013,Jumaat jam 900 malam telah dilangsungkan Mesyuarat Agung Koperasi Warga Pasir Gajah Berhad yang mana ianya telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar ADUN Ayer Puteh.Mesyuarat Agung yang pertama kali dapat diadakan ini turut dihadiri oleh Pegawai Koperasi Daerah Kemaman iaitu En Marzuki selain dari Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan Pengerusi KOWPAG Saudara Mohd Saidi bin Abdul Ghani.

Dalam majlis ini,turut dinyatakan tentang peralihan pucuk pimpinan koperasi iaitu dari Tn Hj Jantan Mohamed kepada Pengerusi baru iaitu Saudara Mohd Saidi bin Abd Ghani.Dalam majlis ini juga turut dibuat pemilihan ialah 5 orang ALK yang baru.

Selain itu dalam majlis ini juga turut diumumkan ialah tentang penglibatan KOWPAG dengan pemilihan Pasir Gajah dalam Kampung Lestari 2013 yang melibatkan peruntukan jutaan ringgit untuk 29 kampung terpilih termasuk Pasir Gajah.Pemilihan yang dibuat oleh KETENGAH melalui kejayaan JKKK/GDW Pasir Gajah dalam pelbagai kegiatan ini adalah untuk dimanfaatkan melalui Koperasi Warga Pasir Gajah.

Selain itu,kehadiran ahli KOWPAG seramai 80 orang turut menyaksikan ahli yang hadir diberi imbuahn sebanyak RM10.00 seorang.Majlis berakhir jam 1100 malam.

Tiada ulasan: