Harapan...

Jumaat, Jun 15, 2012

AJK JKKK BERGOTONG ROYONG BERSIH KAWASAN DEWAN

 Koperal Edris memesen rumput
 Mat Jen dan Ibrahim mencantas pokok
 Pok Su memotong rumput
 Ketua kampung membakar sampah
 Cikgu Zaik menyapu rumput 
Lepas kerja...minum air kedai Pok Pa 

Pada Jumaat 15 Jun 2012,beberapa orang AJk JKK dan dua tiga orang kampung serta Koperal Idris telah bersama mengadakan kderja-pkerja membersihkan kawasan Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Kerja amal ini bertujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab serta kerja bersama AJK bersama beberapa penduduk yang berminat membersihkan kawasan dewan.

Antara yanhg hadir ialah Ketua kampung Tn hj Mohd Nor,SU JKKK Cikgu Zaik,Bendahari JKKK En Ibrahim,penjaga dewan En Mohd Salim,Koperal Edris Atan {Polis},Saudara Yono dan Din serta Mat Jen dan Pok Su.

Kerja yang dilakukan ialah memotong rumput,mencantas pokok yang rimbun,membakar sampah,mencuci dalam dewan meracun rumput dalam longkang serta menyapu sampah.Kerja yang dijalankan bermula jam 900 pagi dan berakhir jam 1100 pagi.Semua yang buat kerja minum diu kedai Pok Pa.

Tiada ulasan: