Harapan...

Rabu, Jun 13, 2012

MAJLIS TAHLIL : PERPADUAN DIPUPUK KERJASAMA TERBENTUK

 tN hJ yUSOF,IMAM 1 mASJID pASIR gAJAH
 Jemaah yang hadir...En Mohd Saidi,Pengerusi TKK Pasir Gajah pun ada
 Pak Ali dan Hj Man Kuasan...antara jemaah yang hadir
Dari kanan: Imam Hj Yusof,En Kamal dan Bilal Hj Yusof

Pada 12 Jun 2012 Selasa malam Rabu,penulis bersama Jemaah masjid dan penduduk Pasir Gajah telah sempat menghadiri majlis tahlil untuk arwah Allahyarham Mamat bin Latiff {Adik kepada Pok Long Jusoh,bilal masjid} yang meninggal dunia pada hari Sabtu 9 Jun jam 700 malam di Kuala Terengganu.

Majlis tahlil yang masuk hari kedua ini disempurnakan oleh Imam 1 Masjid Pasir Gajah iaitu Tn Hj Yusof bin Kamaruddin yang disertai oleh Jemaah dari Masjid Pasir Gajah dan juga Masjid Jambi serta rakan sahabat handai allahyarham dari kalangan penduduk Pasir Gajah.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi JKKK pasir Gajah En Mustafa bin Muda,Pengerusi Tabung Khairat Kenmatian Pasir Gajah En Mohd Saidi bin Abd Ghani,Tn Hj Yusof bin Latiff bilal masjid ,menantu Allahyarham iaitu Saudara Kamal serta ahli keluarga Allahyarham.

Allahyarham yang sejak akhir-akhir ini sakit sentiasa mudah berbualbicara dengan orangramai,senang didekati dan peramah.Sama-samalah kita menghadiahkan ALFATIHAH kepada Allahyarham semga rohnya sentiasa dicucuri rahmat ALLAH. 




Tiada ulasan: