Pandangan dari simpang masuk
Jalan sudah ditambung baru...Alhamdulillah....moleklah kekgi
Jalan ni panjangnya 300 meter...sampai ke kebun getah
Jalan ini bakal dinamakan Jalan Man Hitam
Pada 7 JUN 2012,penulis sempat meninjau jalan baru di Batu 10 yang pembinaan hampir siap 60 peratus.Pembinaan jalan ini adalah usaha JKKK Pasir Gajah bagi mengatasi masalah seorang penduduk iaitu Saudara Ausdi bin Mohamad dan keluarganya yang tidak dapat lagi menggunakan jalan yang sedia ada di atas tanah pemilik yang memagar kawasannya.
Melalui saudara Osman Hitam,iaitu AJK JKKK yang telah bersama membincangkan masalah saudara Ausdi sekeluarga ini berpandukan surat bertarikh 25 8 2011,maka JKKK Pasir Gajah melalui kepimpinan Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh yang sentiasa memikirkan tentang kesusahan keluarga Saudara Ausdi nak menggunakan jalan untuk keluar di jalan utama,maka JKKK telah mengangkat permohonan sebatang jalan di BT10 kepada pihak KETENGAH dan Pejabat Daerah.
Pada bulan Nov 2011,Setiausaha JKKK En Mat Zaik bersama Pegawai KETENGAH telah meninjau kawasan pembinaan jalan ini dan telah menemui Pn Ajimah bt Yate ,isteri saudara Ausdi untuk mengenalpasti kawasan dan masalah yang dihadapi.
SU JKKK meninjau jalan yang baru ditar
Elok kalau dijaga dari awal....lori 3 tan saja boleh masuk
Sudah boleh digunakan
Melalui Slogan Rakyat Didahulukan....maka JKKK Pasir Gajah telah mengambil inisiatif yang positif dalam memastikan jalan ini dapat dibina.Melalui beberapa proses yang diperlukan,maka pada Mei 2012,kelulusan pembinaan jalan ini untuk kegunaan Saudara Ausdi sekeluarga dan pekebun sekitar telah diperolehi.Inilah nikmatnya kerajaan yang dipimpin oleh BN/UMNO yang sentiasa BERI NIKMAT kepada rakyat yang memerlukan sesuai dengan ungkapan Rakyat Didahulukan...Semoga ALLAH terus mengekalkan Pemerintahan yang mengutamakan rakyat ini.Samalah kita doakan.AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan