Harapan...

Rabu, Jun 06, 2012

IMAM ABAS KETUAI BERZANJI DI RUMAH DIN AJK MASJID PASIR GAJAH

 Imam Abas memotong rambut 3 insan kecil
 En Ahmad Tajuddin {kanan} AJK Masjid Pasir Gajah
 Ketua Kampung turut memotong rambut insan kecil
 Penduduk dan jemaah masjid yang hadir
Bertahlil turut dilakukan

Pada 6 Jun 2012 Rabu malam Khamis,En Ahmad Tajuddin bin Abdullah ,AJK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis cukur rambut dan berzanji untuk 3 orang anak buah beliau di rumah neneknya di Tanah Lot Pasitr Gajah.Majlis berzanji telah diketuai bacaannya oleh Tuan Imam Abas bin Taib bersama Saudara Yono.

Selesai berzanji,ketiga-tiga anak kecil telah dibawa masuk dengan didokong oleh Din dan adiknya serta adik iparnya yang mana ketiga-tiga bayi kecil ini telah disempurna cukur rambutnya oleh mam Abas,Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor dan Bilal Hj Ibrahim @Mohamad.

Selesai majlis berzanji,diadakan majlis tahlil sebelum hadirin dijemput menjamu selera.Amalan sebegini sentiasa diadakan di Pasir Gajah yang mana biasanya giliran mengadakan majlis ini akan dimaklumkan kepada JK Masjid untuk memudahkan jadual disusun.

Tiada ulasan: