Harapan...

Khamis, Mei 31, 2012

PELAWAT "MAT SALLEH" MELIHAT TUNTUNG DILEPASKAN DI SUNGAI PASIR GAJAH

 Cik Chen memberi penerangan berkaitan tuntung
 Dari atas Rumah Jambi
 Pelawat bertanya soalan berkaitan tuntung
 Berhati-hati....memegang anak tuntung
 Chen menunjukkan gambar cara pemeliharaan anak tuntung di Pasir Gajah
 Pelayar Antarabangsa melepaskan anak tuntung
 Bersama penduduk kampung
Selesai.....ditebing Sungai Kg Laut Pasir Gajah

Pada 31 Mei 2012,22 orang pelancong yang terdiri dari Pelayar Kapal Antarabangsa telah berpeluang merasai sendiri melepaskan hidupan yang dijaga iaitu TUNTUNG di Sungai Kg Laut Pasir Gajah.Sebanyak 40 ekor anak tuntung telah disediakan oleh En Wazir bersama Cik Chen untuk meraikan kehadiran Pelayar dikalangan "Mat Salleh" ke Pasir Gajah.

Pelayar ini telah dibawa ke pasir sungai untuk melepaskan anak tuntung ini bersama Cik Chen dan Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh serta penduduk kampung yang lain.Penulis sempat bersama dari jam 11.00 pagi hingga 1130 pagi sebelum mereka ini berangkat pulang ke destinasi yang lain pula.

Tiada ulasan: