Harapan...

Sabtu, Mei 26, 2012

PERNIKAHAN DI MASJID PASIR GAJAH: ANAK ABDULLAH BIN OMAR ,AJK JKKK SELAMAT DIJALANKAN

 Persediaan untuk pernikahah...
 Pengantin perempuan...Nazura bt Abdullah
 Pengantin lelaki...Firdaus mendengar penerangan dari Jurunikah
 En Abdullah Omar bersama rakan dari Pasir Gajah
 Rakan dari Pasir Gajah.....
Selesai menjawab nikah...bacaan doa

Pada 26 Mei 2012,Sabtu,penulis sempat bersama AJK Masjid Pasir Gajah dan khariah masjid serta beberapa orang JKKK dan penduduk kampung menghadiri satu majlis pernikahan anak kepada JK Masjid yang juga AJK JKKK Pasir Gajah iaitu En Abdullah Omar.Penulis merasakan inilah nikmat yang ALLAH berikan kepada keamanan yang dirasai oleh RAKYAT yang tinggal di Malaysia  yang mana  MASIJD telah digunakan sebagai tempat melangsungkan pernikahan selain dari tempat bersolat.

Hari ini,Masjid Pasir Gajah telah menjadi saksi pernikanan anak En Abdullah bin Omar,AJK JKKK Pasir Gajah  iaitu Nazura bt Abdullah dengan pasangannya iaitu Ahmad Firdaus bin Harun dari Bukit Rambai,Melaka pada pukul 930 pagi .Dengan sekali lafaz,dengan disaksikan oleh teman-teman ayah penganting wanita,kedua mempelai selamat diijabkabulkan.Majlis selrsai jam 10.10 pagi.

Antara yang hadir ialah Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,Iman 1 Masjid Pasir Gajah,En Mustafa Muda,Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah,Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,SU JKKK Pasir Gajah serta beberapa orang lagi.Penulis doakan banyak lagi majlis yang murni dapat dijalankan di masjid ini.

Tiada ulasan: