Harapan...

Jumaat, Mei 04, 2012

MESYUARAT AGUNG TKK KE 16,2012 BERJALAN LANCAR

 Ahli TKK yang hadir
 En Mohd Saidi,Timb Pengerusi TKK menyampaikan ucapan
 Ahli wanita yang hadir
 YB Tn Hj Wan Abdul Hakim merasmikan mesyuarat TKK
 Cenderahati untuk YB
 SU Zaik memulakan mesyuarat
 Jamuan ringan
 Ahli lelaki menikmati jamuan
Bersama menikmati jamuan ringan

Pada 4 Mei 2012,Jumaat 300 petang,Tabung Khairat Kematian Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat Agong ke 16 di Dewan Orang Ramai pasir Gajah.Majlis yang dihadiri oleh 115 orang ahli telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh.

Dalam majlis tersebut,YB telah meluluskan sumbangan sebanyak RM2000.00 sebagai tambahan tabung kewangan TKK Pasir Gajah.Dalam ucapan beliau,YB mengharapkan penduduk kamung terus mengekalkan perpaduan dalam mempastikan persaudaraan erat terus berkekalan.Beliau berharap agar penduduk tidak mendengar hasutan dan tohmohan pihak tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan penduduk Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,pemilihan AJK baru untuk sesi 2012/2014 telah dibuat.En Mohd Saidi Abd Ghani dipilih sebagai pengerusi dan En Ahmad bin Jaafar dipilih sebagai timbalan pengerusi TKK Pasir Gajah.AJK Lain dikekalkan,cuma pertambahannya ialah pen SU ialah Pn Noorhayati Md Soud,AJK Wanita ialah Pn Eng Salina Eng latif dan pemeriksa kira-kira ialah E Jalil Daud.Yang lain dikekalkan.Majlis selesai jam 445 petang.

Tiada ulasan: