Harapan...

Isnin, Mei 21, 2012

PENDUDUK PASIR GAJAH ISI BORANG DANA 2012

Pakat isi borang...ralek sungguh
Che Wan Muda...dok perati orang isi borang macamana
Kaum ibu dok ketinggalan isi borang
Tulis atas bonet kereta pun kira aci
Borang cukup ke dok...ambe nok sela
Tolong semok sikit....siap doh isi ......
Tolong isi kat orang...baik sungguh AJK ni
 Kita semok dulu...jangan balik lagi
 Petugas dari kalangan ajk JKKK
Nulis atas meja ...duduk atas sofa...kang selesa tuuuu

Pada 20 Mei 2012,Ahad malam Isnin,JKKK dan UMNO Cawanngan Pasir Gajah sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menolong rakyat dan penduduk Pasir Gajah mengisi borang DANA raya yang disumbangkan oleh kerajaan BN/UMNO Terengganu yang diadakan di Dewan Orang Ramai.

Sebanyak 300 keping borang terdiri dari borang Warga Emas,Berpendapatan rendah,ibu tunggal dan OKU telah disediakan untuk RAKYAT Pasir Gajah yang menyokong BN.Malam ini ramai yang hadir dengan harapan untuk menyatakan sokongan terhadap BN apabila pengerusi memaklumkan inilah harapan kerajaan BN agar terus kekal menyokong BN untuk memastikan KEBAJIKAN Rakyat terbela.

Penulis doakan agar penduduk yang selama ini tidak menyokong BN terbuka hati apabila menerima sumbangan nanti untuk menyokong BN,memandangkan penulis dapati ada ramai juga dikalangan yang selama ini tidak menyetujui BN hadir .

Dianggarkan lebih dari 300 orang hadir untuk mengisi borang ini yang mana dimulakan jam 930 malam dan berakhir jam 1130 malam.

Tiada ulasan: