Harapan...

Sabtu, Jun 23, 2012

PROGRAM MUNAJAT MENDOAKAN KEJAYAAN OLIMPIK 2012 DI MASJID PASIR GAJAH


 Kain Rentang Munajat
 Doa kita semua untuk peserta olimpik dari Pasir Gajah
 Diletakkan di wakaf Salim...baca dan hadir bersama
Programnya......

Inilah anak Muda dari Pasir Gajah yang ingin kita semua doakan agar beliau berjaya memperolehi pingat emas dalam Olimpik 2012 di Kota LONDON.....mari kita pakat hadir pada 28 JUN 2012,Khamis malam Jumaat di MASJID PASIR GAJAH jam 700 malam sampai 900 malam sahaja...

Khairul Anwar Jadi Atlet Keempat Terengganu Layak Ke Olimpik

KUALA TERENGGANU: Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menjadi anak Terengganu keempat layak ke Olimpik London menyusuli seorang lagi pemanah, Nur Shafiqah Hashim dan dua atlet berbasikal, Azizulhasni Awang serta Fatehah Mustafa.
Khairul Anuar, 21, bersama Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin layak secara merit ke temasya itu selepas trio tersebut meraih tempat kesembilan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali, baru-baru ini.
Menyifatkan kejayaannya itu sebagai hasil kerja keras dan prestasi konsisten, anak muda dari Kampung Pasir Gajah, Kemaman tersebut bagaimanapun tidak mensasarkan sebarang pingat pada temasya sukan terbesar dunia tersebut.
"Saya tidak mensasarkan pingat, kerana masih baru dalam acara ini dengan usia masih muda dan ditambah dengan kurang pengalaman. Saya risau naik begitu mendadak dan oleh itu saya juga tidak mahu jatuh dengan cepat," katanya.
Meskipun begitu, Khairul Anuar yakin dapat menampilkan prestasi konsisten bagi membantu trio memanah kebangsaan memberi saingan sengit kepada negara lain.
ngulas kejayaan trio itu pada kejohanan dunia di Itali, atlet muda tersebut berkata mereka berdepan dengan saingan sengit sebelum berjaya menempatkan diri di tangga kesembilan dan layak ke Olimpik.

Tiada ulasan: