Harapan...

Jumaat, Januari 18, 2013

GOTONG ROYONG JEMAAH BERSAMA JK MASJID PASIR GAJAH MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID 2013

 mEMBERSIHKAN LONGKANG
 Memotong rumput
 Membersihkan kipas
 Menmvacumkan karpert
 Buang sarang laba
 Bersihkan kawasan solat wanita
 Mengelapkan kipas yang baru dibersihkan
 Rehat.....jamuan ringan
 Hujan baru turun niiii.....
 Menikmati minuman
Pengerusi Masjid hadir makan juadah yang disediakan
Harun dan Pak Mat memasang besi hadangan

Pada 18 Jan 2013,Jumaat bermula jam 800 pagi,JK Masjid bersama lebih 20 orang jemaah masjid Pasir Gajah telah bersama mengadakangotong royong membersihkan kawasan sekitar dan dalam masjid.Gotong royong kali pertama ini ialah untuk persediaan menyambut Maulidul Rasul 1434 pada hari Khamis nanti.

Turut hadir dalam program gotong royong ini ialah Pengerusi JK Masjid pasir Gajah,En Mustafa Muda,Ketua kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Tuan imam 1 Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,Imam Hj Abbas bin Taib,Bilal Hj Mohamad @ Ibrahim,SU JKKK En Mat Zaik,JK Masjid dan jemaah masjid.

Antara tugas yang dilakukan pada hari ini ialah membersihkan kawasan sekitar dengan memotong rumput yang diketuai oleh En Osman bin Hitam,membersihkan kipas yang diketuai oleh En Halim bin Jusoh,membersihkan sarang labah-labah yang diketuai oleh En Mohd Salim bin Abd Hamid,membersihkan longkang yang diketuai oleh En Ibrahim@ Harun bin A Rahman,membersihkan karpert yang diketuai oleh Hj Abbas bin Taib dan membersihkan kawasan solat wanita yang diketuai oleh Pn Hajjah Rahyati binti Mohd Noor serta mengemaskinikan waktu solat oleh En Mat zaik bin Mohd Yusof.Gotong royong hari ini tetap dijalankan walaupun hujan mulai turun ada jam 930 pagi.

Tiada ulasan: