
Imam Hj Yusof bersama Tn Hj Mohd Sabri

AJK Masjid,En Osman Hitam

Kalangan jemaah yang hadir

En Mustafa bersama jemaah lain

Kalangan jemaah wanita

Berselawat

Jamuan bersama Tn Hj Mohd Sabri
Pada 24 Jan 2013,Khamis malam Jumaat,Jawatankuasa Masjid Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Syarahan Agama bersempena Sambutan Hari Maulidul Rasul 1434.Majlis yang dirancang lebih kurang sebulan lalu telah mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Daerah Kemaman,Program ini dimulai dengan solat maghrib berjemaah,sayarahan agama berkaitan Sunnah Nabi,solat Isyak dan berselawat .
Syarahan agama telah disampaikan oleh Ustaz Tn Hj Mohd Sabri bin Mat Zin ,Pegawai Agama JASA yang telah dipersetujui oleh Pejabat Agama Daerah Kemaman.Selain itu JK Masjid juga telah mendapat kerjasama JASA Kemaman yang mana peruntukan jamuan untuk program ini telah dihulurkan oleh JASA Kemaman.
Seramai hampir 100 hingga 120 orang jemaah lelaki dan wanita telah hadir dalam program syarahan agama Maulidul Rasul ini.Turut berada dalam program ini ialah Pengerusi JK Masjid,En Mustafa bin Muda,Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Tuan Imam iaitu Imam Hj Yusof Kamaruddin,Imam Hj Abbas Taib dan Imam Hj Zawawi Tahir,manakala bilal yang hadir ialah bilal Hj Mohamad dan Bilal Hj Yusoff selain dari AJk JK Masjid sendiri.
Jemaah yang hadir turut serta menikmati jamuan ringan nasi putih yang disediakan oleh JK Masjid Pasir Gajah.Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jemaah yang hadir menjayakan program syarahan ini.Majlis berakhir jam 945 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan