Harapan...

Isnin, Januari 28, 2013

PDM PASIR SEMUT DIBAIKPULIH UNTUK PERSEDIAAN PRU13

 Lantai simen luar
 Dinaiktarafkan.....
 Keselesaan...itu diharapkan
 Pasir yang digunakan
Bahagian luar yang telah siap
Bahagian depan dibaiki simen lantainya
Hampir siap
PDM Pasir Semut

Pada 27 Januari 2013,PDM Pasir Semut yang terletak di Bangunan UMNO Cawangan Pasir Gajah telah dibaikpulih iaitu bahagian luarnya disimen semula bagi mengelak takungan air.Hal ini dilakukan memandangkan setiap kali hujan,limpahan air akan mengotorkan kakilima PDM tersebut.Melalui kepekaan kepimpinan UMNO Cawangan yang diketuai oleh Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah aitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,usaha menaiktaraf PDM dilakukan.

Selain itu,bahagian luar di hadapan PDM yang dijadikan kedai makan juga turut dinaiktaraf bagi mengelakkan ianya dikotori apabila hujan.Usaha yang dilakukan ini ialah bagi tujuan persediaan PDM Pasir Semut menghadapi PRU13 yang mana ianya diharap akan memberi keselesaan kepada pengguna PDM ini nanti.

Penulis ucapkan berbanyak terima kasih kepada YB ADUN,YB Parlimen atas peruntukan yang disalurkan bagi membaiki PDM Pasir Semut ini.

Tiada ulasan: