Harapan...

Selasa, Januari 15, 2013

KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KEMAMAN MENYERAHKAN BAUCER PAKAIAN SEKOLAH KEPADA 142 PENERIMA DI PASIR GAJAH












Pada 14 jan 2013,Isnin malam Selasa jam 900 malam bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah telah diadakan Program Penyerahan Baucer Pakaian Sekolah dari Kerajaan BN/UMNO Terengganu untuk RAKYAT penduduk Pasir Gajah seramai 142 orang.Majlis yang bermula jam 900 malam ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Saudara Hisham Zuber bersama JK Pemuda UMNO Bahagian.

Dalam majlis ringkas tersebut,turut diadakan ialah ucapan oleh Ketua Biro Agama Pemuda UMNo Kemaman Ustaz Zulkifli Sulong yang menerangkan tentang isu semasa berkaitan UMNO dan pembangkang yang dilihat begitu perlu dijelaskan kepada rakyat.

Pembahagian baucer pula telah dilakukan oleh Saudara Hisyam Zuber dengan diiringi oleh Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua Wanita UMNo Cawangan Pn Habshah Ali,Ketua Penerangan UMNo Cawangan En Mustafa Muda dan Setiausaha UMNo Cawangan En Mat Zaik bin Mohd Yusof.Dalam majlis ini seramai 142 ibubapa telah menerima baucer yang mana ada yang menerima satu baucer dan ada yang menerima dua baucer bagi yang ada ramai anak bersekolah.Majlis selesai jam 1030 malam .

Penulis bagi pihak penduduk Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Kemaman atas kesudian menyerahkan baucer kepada penduduk.Penulis melihat keceriaan di wajah semua penerima yang mana ini adalah NIKMAT atas sokongan yang diberikan kepada BN/UMNO semasa pilihanraya yang lalu......marilah kita berdoa...Ya ALLAH,kekalkanlah pemerintahan BN/UMNO di Malaysia dan di Terengganu ini agar kami semua terus makmur,aman dan bersatu padu......AMIN.

Tiada ulasan: