Harapan...

Isnin, Januari 28, 2013

JK MASJID MENZIARAHI SAUDARA TAJUDDIN AJK MASJID YANG SAKIT DI RUMAHNYA

 En Mustafa,Tn Hj Mohd Nor dan Hj Abbas bersebelahan Saudara Tajuddin
 En Ibrahim dan En Salim....hadir sama
 Antara yang hadir..sempat berbincang
Antara yang menziarahi Saudara Tajuddin

Pada 28 Jan 2013,Isnin malam Selasa jam 915 malam,AJK Masid Pasir Gajah bersama Kettua Kampung telah mengadakan ziarah terhadap seorang AJK Masjid yang terlantar sakit iaitu Saudara Tajuddin Abdullah di rumahnya iaitu Rumah Murah Pasir Gajah.

Kunjungan ziarah ini bagi mengikuti perkembangan saudara Tajuddin yang sakit sejak 3 minggu lalu yang dikatakan akibat serangan darah tinggi.Antara yang hadir menziarhi saudara Tajuddin ialah Pengerusi Masjid En Mustafa Muda,Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Bendahari Masjid Tn Hj Abbas bin Taib,SU JKKK Cikgu Zaik,Bendahari JKKK En Ibrahim@ Harun,AJK Masjid En Mohd Salim dan En Abd Rahman,En Mohammad bin Said serta Saudara Yono.

Semasa ziarahi ini,AJK telah mendapat maklumbalas dari isteri Saudara Tajuddin berkaitan dengan status kesihatan.Selain itu,sedikit sumbangan telah dihulurkan bagi kegunaan menampung perbelanjaan keluarga Saudara Tajuddin.

Penulis dan ahli lawatan mendoakan agar ALLAH menyembuhkan penyakit yang dialami oleh saudara Tajuddin dan memberi kesempatan untuk beliau hidup secara normal.AMIN.

Tiada ulasan: