Harapan...

Jumaat, April 19, 2013

BELIA PASIR GAJAH ANJUR MOTOCROSS TERTUTUP KEMAMAN SEBAGAI ACARA TAHUNAN

Iklan pertandingan
Ramainya penonton
Pertandingan nak dimulakan
Laluan ke tempat pertandingan
Piala Pusingan
Peserta motocross 250 cc bersedia
Penonton menanti peserta menghidupkan enjin
Bermula......
Sudah sampai ke penamatnya.....
 Juara Basikal cross
 Juara junior cub cross
 Juara Cubcross
 Hadiah untuk motocross 250 cc
Banner pertandingan

Pada 19 April 2013,bertempat di Gelanggang Motocross Pasir Gajah di Kg Laut telah berlangsung pertandingan motocross anjuran Belia Pasir Gajah bersama Club Copong Motocross Kemaman.Pertandingan yang dijadikan acara tahunan di Pasir Gajah ini membarisi kategori pertandingan Junior Cub Cross,moto cubcross,motocross dan basikal cross.

Seramai 27 peserta untuk cubcross dan 30 peserta untuk motocross telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung dari jam 900 pagi hingga jam 630 petang.Cuaca yang lembap dengan hujan renyai disebelah petang telah memeriahkan lagi pertandingan ini apabila track menjadi becak dan derungan enjin moto menjadikan suasana pertandingan begitu menjadi sekali.

Pertandingan akhir motocross ber cc besar 250 mengakhiri pertandingan pada jam 630 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang disampaikan oleh Saudara Barulhisyam Jusoh,Ketua Belia Pasir Gajah,En Samsul hamid Ketua Pemuda UMNO Pasir Gajah dan En Mat Zaik bin Mohd Yusof  SU JKKK Pasir Gajah.

Tiada ulasan: