Harapan...

Rabu, April 10, 2013

CERAMAH DI PDM BN UMNO PASIR GAJAH DIHADIRI 71 ORANG PENDUDUK.....ALHAMDULILLAH

 Tn Hj Mohd Nor menyampaikan ucapan aluan
 Candiq........kehadiran orang ramai
 Saudara kamahizam Hj harun...di tengah
 Kalangan yang hadir....
 Veteran UMNo bersama kaum muda....
 Wanita UMNO yang hadir
 Yang hadir
Jamuan ringan

Pada 9 April 2013,Selasa malam rabu,PDM Pasir Gajah telah diminta mengadakan Program Penerangan Isu-isi Semasa PRU13 bagi 40 hingga 50 orang penduduk Pasir Gajah.Program yang pertama kali diadakan di PDM selepas pembubaran parlimen pada 3 April lalu mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan RAKYAT penduduk Pasir Gajah yang dijemput.

Dalam majlis ini,PDM Pasir Gajah telah mendapat penceramah Saudara Kamahizam bin Hj Harun,AJK UMNO Bahagian Kemaman.Majlis yang bermula jam 910 malam ini telah dipengerusikan oleh SU UMNo Cawangan Pasir Gajah Saudara Mat Zaik bin Hj Mohd Yusof yang mana mengingatkan RAKYAT Pasir Gajah agar terus menyokong BN dalam pilihanraya ke 13 ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNo Cawangan Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor yang menyampaikan ucapannya yang menyentuh bagaimana seorang anak muda dari parti pembangkang sanggup menyatakan kepada beliau sebagai orang yang tidak  beriman dan tidak masuk syurga kerana beliau ini orang UMNO semasa beliau bertanya tindakan pemuda anak jati Pasir Gajah tetapi menjadi ahli pembangkang mengerat pokok yang JKKK tanam sejak bertahun untuk keindahan landskap Pasir Gajah tanpa meminta izin sepatahpun.

Dalam majlis ini seramai 71 orang telah hadir yang terdiri dari Veteran,Pemuda,Puteri dan wanita UMNO sama-sama memberi sokongan mendengar penerangan dari Saudara Kamahizam berkaitan dakyah pembangkang terutama yang berlaku di 4 negeri yang diperintah serta kesan yang dialami oleh rakyat Terengganu semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999- 2004.Turut diterangkan ialah BN sentiasa membela RAKYAT dan janji BN ialah Janji ditepati.Majlis berakhir jam 1100 malam dengan jamuan ringan.

Tiada ulasan: