Harapan...

Jumaat, April 19, 2013

MAJLIS PERMAUFAKAN UMNO PAMAN DAN UMNO PASIR GAJAH UNTUK PERSEDIAAN PRU13 PDM PASIR SEMUT

 ajk uMNO pAMAN BERSAMA UMNO Pasir Gajah
 AJK Wanita UMNO Paman
 Pengerusi PDM Tn Hj Mohd Nor bersama Pok Le Ketua UMNO Paman
 AJK yang hadir
 Pengerusi JKKK Paman terima pembahagian sumbangan kewangan
Sumbangan untuk kegunaan UMNO Paman

Pada 16 April 2013,Selasa malam Rabu,telah diadakan majlis permaufakatan dan perjumpaan mengeratkan silatulrahim antara UMNo Paman bersama UMNO Pasir Gajah yang bernaung di bawah PDM Pasir Semut.Majlis yang diadakan di Balairaya Paman adalah bertujuan untuk memberi sokongan menggerakkan JK Kerja UMNO Paman dalam menghadapi PRU13.

Dalam majlis ini,beberapa keputusan perbincangan telah dibuat dan kata sepakat telah dapat dicapai bagi memastikan kedua-dua cawangan ini dapat menguruskan pergerakan jawatankuasa masing-masing dalam menghadapi PRU13.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua PDM pasir Semut,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,SU PDM En Mat Zaik Mohd Yusof,Timbalan Pengerusi PDM Pok Lee,Pengerusi JKKK Paman Pn Siti Mawartini,Ketua Wanita UMNo Cawangan Paman,Pn Rokiah Salleh,AJK UMNO Pasir Gajah En Salim,En Ibrahim dan En Osman Hitam serta AJK UMNO,Wanita,Puteri dan PEMUDA Paman.

Dalam majlis ini juga,telah diserahkan 3 buah kanopi kecil untuk kegunaan UMNo Paman membuat pos BN serta pengagihan perbelanjaan untuk 3 buah pos kepada Pn Siti.Majlis berakhir jam 1030 malam.

Tiada ulasan: