Harapan...

Jumaat, April 05, 2013

PROGRAM ZIARAH PENDUDUK KAMPUNG JKKK BERSAMA WANITA,PEMUDA DAN PUTERI UMNO PASIR GAJAH BERJALAN LANCAR

 Ketua Kampung bersama Ketua PEMUDA UMNO Pasir Gajah
 Bersedia untuk mengagihkan sumbangan
 Wanita UMNO bersama JKKK
 AJK JKKK sampaikan sumbangan kepada Isteri Wazil
 Fatimah Masalam bersama Ketua Wanita UMNO Pasir Gajah
 Kak Mek berbual mesra dengan Ketua Wanita UMNO
 Kelangkah ke rumah penerima...Pn Siti Fatimah
 Pengerusi bersama  AJk JKKK
Mek Wok bersama Wanita UMNO....bersetuju pendapat tentang BN

Pada 5 April 2013,Jumaat jam 900 pagi,bermula di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah,JKKK bersama PEMUDA,WANITA dan PUTERI UMNO Pasir Gajah telah turun padang menemui akar umbi dalam Program Ziarah Penduduk Kampung.Program yang seringkali dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan serta bertanya khabar RAKYAT Pasir Gajah.

Berkebetulan dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan PRU13,UMNO turut serta dalam memperingati RAKYAT Pasir Gajah agar sentiasa memberikan sokongan padu terhadap parti yang sentiasa menaburjasa dan bakti untuk RAKYAT terutama di Pasir Gajah ini iaitu kerajaan BN.

Turut serta dalam program ini ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor,SU JKKK Pasir Gajah En Mat Zaik,Timbalan  Pengerusi UMNO Cawangan Pasir Gajah En Badrulhisyam,Ketua WAnita Pn Habshah,Ketua PEMUDA Saudara Samsul,Ketua  PUTERI Pn Asmida,AJK JKKK En Salaim,En Osman,En Jalil,AJK Wanita UMNO Pn Noorhayati,Pn Noor Zaidah dan petugas PDM  Rahim dan Mat Jeng.

Seramai kurang lebih 55 orang telah menerima pelbagai sumbangan dari JKKK dalam siri lawatan ziarah pada pagi ini.Program berakhir jam 1100 pagi.

Tiada ulasan: