Harapan...

Jumaat, Januari 20, 2012

AGIHAN SURAT PENERIMA DANA 1MALAYSIA PASIR GAJAH

Antara nama penerima Dana 1Malaysia RM500

 AJK UMNO meneliti nama penerima
 Sampul surat 150 penerima Dana 1Malaysia
 Sampul surat BR1M
 Setiausaha dan Pengerusi membilang jumlah penerima BR1M
Penerima dana BR1M

Pada 19 Januari 2012,Khamis,UMNO cawangan Pasir Gajah telah mengadakan semakan ke atas penerima dana BR1M bagi peringkat pertama untuk penduduk Pasir Gajah iaitu dianggarkan seramai 150 orang.Dari penelitian yang dibuat,UMNO Cawangan Pasir Gajah berbesar hati kerana bukan sahaja dari kalangan penyokong BN sahaja yang menghantar borang bahkan dari kalangan yang membangkang kerajaan ,yang tak suka kerajaan BN dari kalangan penduduk Pasir Gajah turut bersama menghantar borang dan namanya tercatat sebagai penerima yang melambangkan ianya  menyokong dasar kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak ini yang berlandaskan Gagasan 1Malaysia yang memang menjaga KEBAJIKAN rakyat.

Sebagai penduduk Pasir Gajah,marilah kita sama bersyukur kehadrat ALLAH atas rezeki yang diberi ini berkat kepimpinan BN yang mengutamakan RAKYAT .Berniatlah yang kita akan terus menyokong BN pada PRU13 nanti,kerana belum lagi ada kerajaan sebaik ini yang mengutamakan RAKyat selain dari kerajaan BN yang ternyata LEBIH BERSIH,LEBIH AMANAH dan LEBIH memartabat dan mELETAKKAN ISLAM DITEMPAT YANG SETINGGINYA.

Untuk peringkat pertama ini,Penduduk Pasir Gajah akan mengambil wang RM500 di Dewan orang Ramai Rumah Murah Binjai pada 25 Januari Rabu jam 830 pagi.Penerima wajib datang sendiri dan tak boleh diwakilkan.

Tiada ulasan: