Penambah angle pada hujung pintu gerbang
Bahagian tengah di tegakkan terlebih dahulu
Keadaan semasa kerja baikpulih
Tekun buat kerja
Pada 18 Januari 2012,Rabu ...Pintu Gerbang Selamat datang Ke Pasir Gajah yang nampaknya condong kerana besi galangnya telah reput mula dibaiki oleh Saudara Tajuddin Abdullah,yang diberi tanggungjawab oleh JKKK untuk membaikinya.
Pintu Gerbang yang telah lama dibina oleh JKKK sebagai aluan untuk tetamu yang hadir di Pasir Gajah ini mula nampak condong dipukul ribut pada bulan Disember lalu dan ianya telah diluluskan oleh JKKK untuk pembaikian semula.Urusan pembaikpulih agar pintu gerbang itu kukuh diserahkan kepada saudara Din,seorang tukang welding besi dari Pasir Gajah.
.
Kerja pembaikian ini dianggarkan sebanyak RM400.00 yang melibatkan kerja penambahan angle untuk menahan papantanda tersebut dari condong serta penambahan besi alloy bagi alang yang telah reput.Saudara S/U dan Pengerusi JKKK telah meninjau kerja-kerja yang dibuat oleh Saudara Tajuddin bersama pekerjanya.
Besi hadangan yang dipasang
Angle untuk menghalang gerbang condong
Pemandangan angel dari bawah
Kerja-kerja mainternan {penjagaan} ini membuktikan JKKK sentiasa memastikan keceriaan dan keperluan bagi melambangkan kampung ,untuk memastikan penduduk kampung ini dihargai oleh masyaraakat luar telah menjadi kerjabuat utama JKKK Pasir Gajah selain dari memastikan penduduk selesa,cukup keperluan dan tercakna.Inilah kerja JKKK di bawah pemerintahan BN/UMNO yang mengutamakan rakyat...bukan cakap kosong.Inilah kerajaan PILIHAN RAKYAT...INIlah KERAJAAN YANG RAKYAT PILIH.TERUSKAN memilih kerajaan Berjiwa RAKYAT ini Penduduk Pasir Gajah. Terima kasih kerana PILIH BN/UMNO.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan