Harapan...

Rabu, Januari 04, 2012

PENDUDUK PASIR GAJAH TERIMA RM100 BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH

Ibu bawa anak semasa menerima RM100 bantuan

Pengerusi JKKK Pasir Gajah turut hadir memberi sokongan

En.Mohd Salim hadir menerima bantuan RM100

Hadirin yang hadir

Beratur bersama baucer RM100

Mendengar ucapan.

Pada Rabu,4 Jan 2012,seramai 132 keluarga dari Pasir Gajah bakal menerima sumbangan RM100 dari Kerajaan BN/UMNO Terengganu sebagai bantuan sumbangan pakaian sekolah bagi meringankan bebanan ibubapa dalam menyediakan pakaian sekolah anak-anak.Dari jumlah itu.seramai 198 orang anak mereka bakal menerima sumbangan tersebut yang dimohon pada pertengahan bulan November 2011 yang lalu.

Kebajikan yang nyata diutamakan oleh Kerajaan BN/UMNO Terengganu ini di bawah pimpinan YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said yang telah bertahun diamalkan  merupakan ciri penting pentadbiran kerajaan yang mengamalkan slogan MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN.

Sumbangan RM100 ini disampaikan di Dewan Sivik Ayer Puteh Kemaman bermula jam 1030 pagi hingga jam 1230  tengahari.Inilah yang diamalkan oleh pemerintah BN/UMNo Terengganu  iaitu menjaga kebajikan rakyat dan hal ini telah menambahkan keyakinan penduduk Pasir Gajah untuk terus bersama kerajaan BN/UMNO.

Penduduk Pasir Gajah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN/UMNO kerana begitu prihatin kepada kebajikan rakyatnya.Cakap serupa bikin...kata orang.Turut hadir dalam majlis UMNO/BN yang murni untuk rakyat ialah YB yang kita sayangi iaitu YB Tn Hj Wan Abdul Hakim serta hadir memberi sokongan kepada penduduk Pasir Gajah ialah Ketua kampung/Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.

Tiada ulasan: