Harapan...

Ahad, Januari 15, 2012

MESYUARAT JK MASJID PASIR GAJAH PERTAMA 2012

 Mesyuarat baru bermula
 AJK mendengar ucapan dari Pengerusi masjid
 En.Abbas,bendahari JK Masjid Pasir Gajah hadir sama
 Mesyuarat selesai
JK menikmati jamuan ringan mee goreng

Pada 15 Januari 2012,Ahad malam Isnin bermula jam 9.00 malam ,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat bulanannya buat kali pertama bagi tahun 2012.Mesyuarat yang diadakan di ruang khas menggunakan peralatan mesyuarat kali pertama ini dihadiri oleh Penasihat JK Masjid iaitu Ketua kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.

Dalam mesyuarat kali ini,beberapa perkara dibincangkan antaranya ialah sambutan Maulidul Rasul  yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi.Selain itu turut dibincangkan isu semasa masalah kenakalan budak-budak yang menyebabkan beberapa kerosakan di masjid.Juga membincangkan tentang pembinaan dewan makan dan aktiviti  bulanan seperti ceramah dan sebagainya.

Hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengerusi JK Masjid iaitu En Mustafa bin Muda,Imam Abbas bin Mohd Taib selaku bendahari masjid dan AJK-AJK Masjid yang lain.Majlis kemudiannya dihidangkan jamuan ringan mee goreng dan selesai pada pukul 10.30 malam.

Tiada ulasan: