Harapan...

Khamis, Januari 05, 2012

WAKIL K1M PASIR GAJAH KE KONVENSYEN K1M KEBANGSAAN

En.Mustafa bin Muda

En.Osman bin Hitam
AJK Komuniti1 Malaysia Pasir Semut

Pada 5 Jan 2011,dua orang wakil Komuniti 1Malaysia akan mewakili Komuniti 1Malaysia Mukim Pasir Semut Pasir Gajah ke Konvensyen Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di Bukit Sentosa Hulu Selangor yang bermula hari ini 5 Jan hingga 8 januari 2012 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia yang disayangi oleh rakyat.

Timbalan Pengerusi Komuniti 1Malaysia iaitu En Mustafa bin Muda dan AJk K1M iaitu En Osman Hitam dipilih oleh JK Komuniti 1Malaysia bagi mewakili Komuniti 1Malaysia Pasir Semut Pasir Gajah bersama dengan 20 orang AJK Komuniti 1Malaysia dari mukim lain di daerah Kemaman dan 20 orang lagi dari daerah Dungun.Sebagai sokongan ,Komuniti 1Malaysia telah menghulurkan sumbangan duit belanja sebanyak RM100 seorang kepada peserta Komuniti 1Malaysia Pasir Semut yang hadir ke program yang cukup murni ini.

Peserta konvensyen ini di bawa dengan bas yang disewa khas oleh Pejabat Penerangan Negeri Terengganu yang mula bertolak jam 10 pagi.Program yang padat dengan pelbagai aktiviti ini dianjurkan oleh Kementerian Penerangan dan Komunikasi Malaysia.


Tiada ulasan: