Harapan...

Khamis, Julai 14, 2011

DIGI SUMBANG LAPTOP UNTUK PENDUDUK KAMPUNG

Pusat DIGI Pasir Gajah
En.Abbas Taib menerima laptip bagi pihak JK Masjid
Pn Marinirma Maliki menerima laptop mewakili penduduk kampung
En.Mohd Salim bersama menerima laptop
Cikgu Zaik menerima sumbangan tersebut

Pada 13 Julai 2011,Rabu,DIGI pusat Jalur Lebar di Pasir Gajah telah bermurah hati menyumbangkan hampi 70 buah Laptop HP kepada penduduk kampung dan beberapa pertubuhan serta institusi sebagai sumbangan sempena majlis pembukaan Pusat Jalur Lebar DIGI di Pasir Gajah.

Majlis ringkas penyerahan itu dilakukan oleh Pegawai DIGI dan penerimaan Laptop tersebut untuk JKKK diterima oleh Pengerusi JKKK Pasir Gajah .Dalam majlis tersebut Setiausaha JKKK,En Mat Zaik bin Mohd Yusof turut hadir untuk menerima sumbangan bersama 70 orang lain.Penduduk cuma dikehendaki menyediakan RM105.00 sebagai penerimaan laptop tersebut bersama broadband.

Sekolah yang menerima sumbangan Laptop ini ialah Sk Pasir Gajah yang diterima sendiri leh Pn Guru Besarnya,SKRKT Seberang Tayor dan Sk Seberang Tayor yang diterima oleh Pn Norhayati Ngah,PK HEM.JKKK Pasir Gajah menyucapkan berbanyak terima kasih kepada DIGI Jalur Lebar Pasir Gajah atas sumbangan yang besar ertinya.

Tiada ulasan: