Papan tanda
Bangunan yang siap dicat
Bangunan yang siap dicat
Wajah bangunan yang sudah dibaiki
Pada Julai 2001,Sekolah Agama KAFA Yayasan Islam Pasir Gajah yang selama ini menumpang di bekas surau Kg Tanah Lot telah dibaiki untuk memberi keselesaan kepada anak-anak Pasir Gajah menambahkan ilmu agama.Berkat usaha JKKK Pasir Gajah yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh untuk menaik taraf bangunan sekolah ini dengan kerjasama dan sokongan YB ADUN Air Puteh,Tn Hj Wan Abd Hakim serta Pejabat Daerah telah membolehkan sekolah ini berwajah baru.
Usaha kerajaan BN UMNO untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak Pasir Gajah dalam mempelajari ilmu agama diharap menjadi kebanggaan seluruh penduduk.Usaha KEBAJIKAN ini sudah lama diterapkan oleh kerajaan BN UMNO di Terengganu dan Pasir Gajah turut mendapat manfaatnya.Semoga ALLAH terus mengekalkan pemerintahan BN UMNO di Terengganu buat selama-lamanya demi kebaikan penduduknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan