MERCU TANDA 1MALAYSIA
Hampir siap
Di tempat yang strategik...
Hampir siap
Di tempat yang strategik...
1Malaysai...mercu dalam pembinaan
Pada 22 JUN 2011,JKKK Pasir Gajah telah membina sebuah mercu tanda 1Malaysia yang di tempatkan di Kg Tengah Pasir Gajah sebagai satu arca mercu tanda yang bakal menjadi daya penarik kepada kampung ini.
Pembinaan mercu tanda ini yang diuruskan oleh Timbalan Pengerusi JKKK,En.Mustafa Muda telah diputuskan dalam mesyuarat JKKK Pasir Gajah adalah merupakan satu tanda sokongan berterusan penduduk kampung ini yang dizahirkan melalui kepimpinan JKKK terhadap pentadbiran BN UMNO menerajui pemerintahan Malaysia di bawah kepimpinam YAB Dato Seri Mohd Najib.
Konsep 1Malaysia yang telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat di Pasir Gajah ini telah diadaptasikan melalui mercutanda ini yang mana akhirnya diharapkan seluruh masyarakat dapat memahaminya melalui mercutanda ini. Kos pembinaan ini ditanggung sepenuhnya oleh JKKK Pasir Gajah.
Mercu tanda setinggi 12 kaki ini dan lebar 3 kaki ini adalah yang terbesar di DUN Ayer Puteh setakat ini.JKKK bercadang akan mengadakan sedikit majlis perasmian mercu tanda ini dalam masa yang terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan