Harapan...

Ahad, Julai 31, 2011

KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD

WAJAH PEMANAH NEGARA
YANG MENGHARUMKAN
NAMA PASIR GAJAH


Khairul Anuar bin Mohamad memulakan persekolahan di SK Pasir Gajah,Kemaman.Kemudian melanjutkan pelajaran di SM Ayer Puteh Kemaman.Semasa bersekolah di SMK Ayer Puteh,Khairul Anuar telah dilihat bakatnya oleh Cikgu Mohd Kamro bin Abdul Aziz yang pada masa itu gigih mengajar sukan memamah.Melalui usaha gigih Cikgu Mohd Kamro dan dengan kesungguhan bekas Pengetua SKM Ayer Puteh iaitu Pn Hjh Nik Akiah yang telah berusaha membeli peralatan memamah,bakat Kairul Anuar terus digilap sehinggalah beliau dapat bersekolah di Tingkatanan Empat di SMK Bukit Nenas.

Pn Hjh Nik Akiah

Bakat Khairul Anuar kemudiannya telah dicungkil bakatnya oleh memulakan latihan pada 2006 di Sekolah Mengambang Telipot dibawah program Cemerlang 2010 anjuran Bahagian Pembangunan MSN. Bakat beliau di kesan oleh jurulatih Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) Cik. Lim Goek Pong dan ditawarkan memasuki program Pelapis Serantau pada Julai 2008. Beliau pada awalnya menghadapi masalah menyesuaikan diri di Akademi Serantau telah berjaya didik dan di asuh oleh Cik Lim untuk menjadi seorang pemanah yang cemerlang. Beliau telah berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaik dari 1189 kepada 1227 di Kejohanan Memanah Kebangsaan Dan Terbuka Atm 2008, 2hb – 6hb Disember 2008. Usaha beliau ini telah membolehkan beliau ditawarkan ke program Pelapis Kebangsaan dibawah kendalian Othman Wahab. Di bawah program PK ini beliau telah berjaya menunjukan disiplin dan kemampuan untuk di pilih ke program elit pada Mac 2011. Beliau juga telah berjaya memperbaiki catatan terbaik peribadi apabila mendapat 1274 Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3/2010.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemanah pasukan negara kerana telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik 2012.



Tiada ulasan: