Harapan...

Isnin, Ogos 01, 2011

KUBAH MENARA MASJID ROSAK DI PUKUL RIBUT

Kubah yang tercampak ke bawah
Kubah yang rosak
Menara tanpa kubah

Pada 28 Julai 2011,Khamis Petang,ribut beserta hujan lebat yang melanda Pasir Gajah bermula jam 600 petang hingga 630 petang berserta dengan hujan air batu telah merosakkan menara masjid Pasir Gajah.

Kubah menara tempat terletaknya pembesar suara telah diterbangkan angin sejauh 20 meter dan tercampak ke bawah serta merosakkan struktur besi kubah tersebut.Melalui tinjauan yang dibuat bersama Pengerusi Masjid,En Mustafa Muda,didapati bahawa struktur besi yang memegang kubah tersebut telah reput dan ianya memudahkan kubah tersebut diterbangkan angin.

Hal ini telah dibawa kepengetahuan pihak JKR Kemaman dan pihak Pejabat Agama Daerah Kemaman untuk tindakan susulan.

Tiada ulasan: