Harapan...

Isnin, Ogos 01, 2011

JKKK Pasir Gajah Agih Kurma Kerajaan Negeri

Agihan Oleh JKKK Kurma Kerajaan Negeri Di Pasir Gajah

Kulit kotak kurma sumbangan Kerajaan Negeri untuk tahun ini.

Jumaat petang (29 Julai 2011), kira-kira jam 5.30 petang orang kampung dikejutkan oleh segerombolan ahli JKKK yang memberikan salam di luar pagar.

“Kami nak bahagikan kurma’” kata ajk JKKK.

“Kurma apa?” Tanya penduduk kampung.

“Kurma daripada Kerajaan Negeri,” sambil beliau menghulurkan sekotak kecil kurma kepada penduduk kampung.Kurma ini kena bagi.JKKK nak pastikan kurma ini sampai kepada semua rumah,” kata seorang AJK JKKK. Sambil menyambung dengan soalan: “Kami nak ke rumah sebelah,” katanya.

“Cubalah sekali lagi...tahun ni tak ada ke air zam-zam ke,” tanya penduduk kampung.

“Bos suruh beritahu...air zam-zam ada dalam pek tersebut, Insyaallah bukalah,” kata AJK JKKK dengan nada yang lembut.

Kumpulan AJK JKKK Pasir Gajah membahagikan kurma di Taman Rumah Murah,Tanah Lot,Kg Hulu dan Kg Hilir,Kg Bt10 dan Kg Laut sebaik menerima bekalan daripada kerajaan negeri.


Tiada ulasan: