Harapan...

Jumaat, Ogos 19, 2011

PERSIAPAN AWAL....SIANG DAGING UNTUK JAMUAN BERBUKA PUASA

Mohamad Said dan Samsul dok siang daging
Pengerusi JKKK pun turut serta siang daging
Yono,Jalil,Pok Jantan dan Pok Chik
Ketua tukang masak,Rozi
Antara kaum wanita yang bersama gotong royong

Pada 19 Ogos 2011,Pagi Jumaat,AJK Masjid telah melakukan persiapan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa.Pada pagi itu,seekor lembu telah disembelih hasil sumbangan Pak De Hamad dan Tn Hj Yusoff bin Latiff,Bilal Masjid .

Kerja-kerja mensiang daging telah dilakukan oleh jemaah masjid bersama AJK Masjid.Selain itu,kaum wanita pula memasak air dan mengseh iang bawang serta menyediakan rempah untuk memasak.Kerja-kerja memasak ini diketuai oleh tukang masak iaitu Rozi Pok Soh.Kerja-kerja mensiang daging yang bermula jam 10.00 pagi berakhir jam 12.00 tengahari.

Turut hadir bergotong royong mengsiang daging ialah Pengerusi Masjid dan Pengerusi JKKK Pasir Gajah.Selain itu ialah Imam Abbas selaku bendahari masjid dan beberapa orang AJK Masjid seperti Ibrahim@Harun A Rahman,Mohd Zamri,Ahmad Tajuddin,Cikgu Zaik,Mohamad Said,Bilal Hj Mohamad @ Ibrahim,Pak Jantan,Hj Othman Yusof,Jaafar Jusoh,Abdullah Omar,AJK JKKK seperti Jalil Daud,Samsul Hamid,orang kampung selaku jemaah masjid seperti Wan Remali,Zulkifli Pak De,Yusof Ahmad,Mat Jen, Yono dan beberapa nama lagi.

Kaum wanita pula terdiri dari Nora,Hjh Nor,Hjh Chik,Kak Meha,Kak Jah isteri Pok Pa,Isteri Jaafar,Zainun dan nama-nama lain yang tak dapat disebut di sini.

Tiada ulasan: