Harapan...

Khamis, Ogos 18, 2011

PENDUDUK PASIR GAJAH TERIMA DANA HARI RAYA 2011

Dewan Pasir Gajah....masih lengang
Menanti penerima...pintu pagar dewan sudah dibuka
Di sinilah...persiapan telah dibuat untuk bagi duit hari raya
Majlis di Kijal......di Pasir Gajah pun ramai macam ni juga.....
Duit sumbangan Dana Hari raya ......agaknya macam nilah....

Pada 18 Ogos 2011,Khamis,JKKK Pasir Gajah diberi tanggungjawab menjadi tempat bagi program penyerahan Dana Hari raya 2011 untuk empat buah kampung iaitu Seberang tayor Hulu dan Hilir,Batu 14,Paman,Pasir Gajah dan Felda Seberang Tayor.

Seramai hampir 1500 orang dari kampung yang dinyatakan menerima Sumbangan Dana Hari raya iaitu termasuk Keluarga Miskin,OKU,Warga Emas dan Ibu atau bapa tunggal.Ada yang dapat RM200,RM300 dan RM400.Sebagai rakyat,sudah sepatutnya kita menyokong kerajaan yang berhemah,yang mementingkan rakyat seperti Kerajaan BN pimpinan UMNO di Terengganu ini.Pastinya,Pasir Gajah sahaja mempunyai penerima seramai hampir 327 orang .

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini diikuti dengan majlis penerangan yang disampaikan oleh YB Tuan Hj wan Abdul hakim,ADUN Air Puteh.Majlis penyerahan wang ini bermula dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Tiada ulasan: