Harapan...

Khamis, Ogos 25, 2011

BANNER RAYA JKKK DAN UMNO PASIR GAJAH

banner JKKK dan UMNO untuk raya tahun ini
Gambar pemimpin peringkat kampung
Ketupatpun ada.....
Semua ini diucapkan khas untuk Penduduk Pasir Gajah

Pada 25 Ogos 2011,Khamis iaitu 4 hari lagi sebelum menjelangnya hari mulia,JKKK dan UMNO Cawangan Pasir Gajah di bawah pimpinan Tn Hj Mohd Nr bin Jusoh telah memasang kain rentang khas untuk mengucapkan Selamat hari raya kepada seluruh penduduk Pasir Gajah.

Pada kain rentang itu tertera gambar pemimpin masayarakat peringkat kampung dan juga gambar YB ADUN Ayer Puteh selain dari logo UMNO dan JKKK.Amalan menyediakan kain rentang ini merupakan satu cara untuk JKKK dan UMNO menghargai penduduk kampung sambil mengucapkan selamat berhari raya.

Kain rentang yang dipasang di wakaf hadapan klinik ini akan memberi ruang kepada semua penduduk kampung untuk membacanya sambil menghayati harapan JKKK yang tertera di atas kain rentang.

Kepada seluruh penduduk kampung JKKK dan UMNO sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.Bersama kita menjadikan Hari Raya sebagai hari mengeratkan perhubungan sesama kita.

Tiada ulasan: