Harapan...

Sabtu, Ogos 06, 2011

PROJEK MEMASANG LONGKANG DI TANAH LOT

Longkang yang belum dipasang
Sebahagian longkang yang siap di pasang

Pada 3 Ogos 2011,Rabu,JKKK Pasir Gajah dalam pemantauaanya mendapati kontraktor mula memasang longkan di jalan Penghulu di tanah Lot.Longkang ini adalah di bawah JPP yang mana ianya diharap akan memberi suasana baru kepada kampung Tanah Lot.

Longkang ini dipasang bermula dari Kedai Hj Zawawi hinggalah kepada kedai Nor di Tanah Lot.Longkang ini bertujuan untuk memastikan aliran air dari kedai Hj Zawawi akan terus mengalir ke aliran air di Tanah Lot.

Walaubagaimanapun,masih diperlukan lagi sumber kewangan untuk memastikan kawasan lain juga mendapat longkang tersebut.Hal ini akan diusahakan lagi oleh JKKK.

Tiada ulasan: