
Mengisi daging gulai dalam mangkuk....

Jemaah wanita sibuk menghidang lauk

Yono ,Pok Mat dan Cikgu Zaik bertugas hidang nasi

Asmida mengatur lauk yang dihidangkan

Marini tukang angkat nasi

AJK Sedang sibuk bubuh nasi ....

Imam sedang memulakan tahlil

Antara yang hadir awal untuk sama-sama bertahlil

Berbuka.......seronok berbuka ramai-ramai
Pada 19 Ogos 2011,Petang Jumaat,Majlis berbuka puasa di Masjid Pasir Gajah berjalan seperti yang dirancangkan.Persediaan yang bermula dari pagi tadi disambung semula pada pukul 5.30 petang apabila AJK Masjid sibuk menghidangkan masakan seperti goreng sayur,gulai daging,kurma,belacan,ikan tenggiri goreng kicap,air bandung,air teh o dan air mineral.
Sebanyak 68 hidangan disediakan untuk penduduk kampung.Tepat jam 630 petang,penduduk kampung mula datang untuk sama-sama bertahlil dan menunggu masa untuk berbuka.Tahlil dibaca oleh imam pertama iaitu Tn Hj Yusof bin Kamaruddin.
Tepat jam 720 malam,jemaah yang hadir berbuka puasa bila bilal Ahmad bin Jaafar mengazankan azan masuknya waktu maghrib.Lebih kurang 180 orang hadir menjayakan majlis berbuka puasa kali ini.JK Masjid Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penduduk yang dapat hadir dalam majlis berbuka puasa Masjid tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan