Harapan...

Isnin, Ogos 01, 2011

PASANG KHEMAH JUALAN RAMADHAN DAN MOREY MASJID

Pn Nora mencatat nombor undian tapak
Peniaga memilih tapak
Memasang kanopi di masjid
Meja disediakan di bawah kanopi

Pada 31 Julai 2011,Ahad petang jam 556,AJK JKKK telah mengadakan proses undian untuk mendapatkan tempat jualan Bazaar Ramadhan JKKK Pasir Gajah.Seramai 12 orang penjual yang terdiri dari kalangan penduduk Pasir Gajah telah hadir untuk membuat cabutan tapak ramadhan tersebut.Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.Sewa tapak dikenakan sebanyak RM50.00 untuk tempuh sebulan dengan disediakan sebuah meja dan dua buah kerusi.

Selepas selesai membuat undian,JKKK telah memasang Khemah Kanopi di Masjid Pasir Gajah untuk dijadikan tempat jamuan berbuka puasa dan morey selepas selesai solat tarawikh.

Tiada ulasan: