Harapan...

Ahad, Julai 24, 2011

SUKAN KOMUNITI MUKIM PASIR SEMUT 2011

Perlawanan bolajaring
Perlawanan FUTSAL Lelaki
Perlawanan sepaktakraw

YB ADUNAir Puteh menyampaiakan hadiah pemenang FUTSAL


Hadiah pemenang sepaktakraw




Pada 23 Julai 2011,Jumaat telah berlangsung Temasya Sukan Komuniti Peringkat Mukim Pasir Semut yang melibatkan Kg Paman dan Kg Pasir Gajah, yang berlangsung di Padang Pasir Gajah.Bermula jam 830 pagi,YB Tn Hj Wan Abdul hakim ADUN Air Puteh telah singgah sekejap untuk bersama dan melihat perlawanan tersebut.Sebanyak 10 pasukan FUTSAL Lelaki telah menyertai pertandingan ini manakala sepaktakraw pula ialah 6 pasukan.Bolajaring pula ialah 6 pasukan juga.



Bagi FUTSAL Lelaki,ianya diuruskan oleh En.Badrulhisyam Jusoh bersama En Jalil Daud,Sepaktakraw diuruskan oleh En.Mohd Salim Abd Hamid bersama En Afzalizam dan bolajaring pula oleh Pn Asmida A Rahman bersama Pn Habshah dan Pn Nora.



Pertandingan yang bermula dari pagi itu berakhir jam 630 petang,manakala sepaktakraw pula disambung perlawanannya di dalam dewan sehingga pukul 10 malam.Pada malamnya pula YB Tuan Hj Wan Abdul Hakim telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenangnya.

Tiada ulasan: