Harapan...

Rabu, Julai 06, 2011

TAHLIL SEMPENA 65 TAHUN UMNO

Program baru nak mula
Antara yang hadir bertahlil


Bersedia untuk solat hajat


Jamuan ringkas



Pak Ali,Abang Nong dan Saudara Rosli


Pada 24 JUN 2011,JK UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena 65 tahun UMNO di Rumah UMNO Pasir Gajah.Majlis murni ini diadakan adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah s.w.t agar UMNO terus dipelihara kerana ianya merupakan parti yang berjasa kepada rakyat serta memastikan UMNo sentiasa dihati seluruh penduduk Pasir gajah dan malaysia amnya.Majlis ini dijayakan bersama JK UMNO Cawangan serta Wanita,Pemuda dan Puteri Cawangan.



Dalam majlis ini,dianggarkan hampir 100 orang kalangan ahli UMNO telah hadir.Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman Saudara Rosli bin Ahmad yang disambut oleh Ketua UMNO cawangan iaitu Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan Timbalan Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah iaitu Saudara Badrulhisyam bin Jusoh.Majlis bermula jam 915 malam dengan solat hajat yang diimamkan oleh Tn Hj Yusoff bin Latiff dan diikuti dengan majlis tahlil.




Selepas majlis tersebut,para hadirin telah dijamukan dengan hidangan nasi minyak yang diuruskan oleh Wanita dan Puteri UMNO Cawangan pasir Gajah.Majlis berakhir jam 10.15 malam.

Tiada ulasan: