Harapan...

Isnin, April 23, 2012

ISU PALASTINE: PROGRAM CERAMAH DI MASJID PASIR GAJAH OLEH TN HJ ZAMELAN JUSOH

 Poster dari rumah ke rumah
 Tn Hj Zamelan memulakan ceramah
Kalangan AJK Masjid yang hadir
 Tn Hj Zamelan bin Jusoh
Jemaah yang hadir

Pada 23 April 2012,Isnin malam Selasa,Masjid Pasir Gajah telah dipilih oleh satu badan NGO iaitu AQSA untuk satu program ceramah mengenai isu Pa;lastine yang begitu membangkitkan semangat orang Islam setiap masa.

Program yang bermula selepas solat Maghrib ini antara lain ialah untuk memberitahu kalangan orang Islam tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh Yahudi Zionist terhadap Plastine yang mana ceramah pada malam ini disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Zamelan bin Jusoh.

Antara yang turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Masjid En Mustafa bin Muda dan Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama hampir 100 orang jemaah dari kalangan penduduk Pasir Gajah.Turut diedarkan ialah Tabung Palastine bagi memudahkan hadirin menderma.

Tiada ulasan: