Harapan...

Rabu, April 04, 2012

PASIR GAJAH TERIMA CEK RM4000 JOHAN ADC PERINGKAT DAERAH 2011

Pada 3 April 2012,Selasa,penulis dimaklumkan leh Pengerusi JKKK pasir Gajah tentang penyerahan cek RM4000.00 kepada kampung ini kerana berjaya menjadi JOHAN  dalam pertandingan ADC peringkat Daerah Kemaman.Penulis bersyukur ke hadrat Illahi kerana berkat kerjasama AJK dan penduduk kampung,Pasir Gajah sekali lagi dinobatkan sebagai kampung TERBAIK peringkat daerah Kemaman pada 2011.

Penulis mendapat perkhabaran bahawa kemenangan  ini telah melayakkan 2 orang AJK JKKK Pasir Gajah untuk turut serta dalam lawatan ke Thailand bagi tahun 2012 untuk meninjau peluang mengindahkan kampung sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Thai di Kota Bangkok.
 Sijil dan cek
 Sijil
 Cek tertulis RM4000
Kemenangan RAKYAT penduduk Pasir Gajah

Sama-samalah kita doakan agar kampung kita PASIR GAJAH terus MAJU,MAKMUR dan AMAN serta BERTAMBAH HARMONI berkat kepimpinan yang ADA yang sentiasa bersama pemerintahan BN/UMNO yang disokong oleh MAJORITI Penduduk PASIR GAJAH.BERSATU KITA PADU,BERPECAH KITA TAK ADA FAEDAH...

Tiada ulasan: