Harapan...

Rabu, April 04, 2012

ABDUL HADI.. PENDUDUK PASIR GAJAH DAPAT RUMAH PPRT

Pada 4 April 2012,penulis sempat meninjau pembinaan rumah PPRT yang baru yang dinamakan atas nama pemilik Abdul Hadi bin Mohd Arif di kampung Tanah Lot.Rumah yang dibina di atas tanah milik keluarga nya iaitu isteri arwah Ustaz Mohd Arif Pn Kamariah Awang ini dibina dihadapan rumah peninggalan arwah ustaz.

Pembahagian dan pembinaan rumah PPRT untuk Abdul Hadi bin Mohd Arif ini dibuat oleh JKKK Pasir Gajah di bawah cadangan pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh melalui Biro Kebajikan yang diketuai oleh En Badrulhisham bin Jusoh berpandukan kepada keperluan penduduk.
 Pembinaan hampir 35 peratus siap
 Rumah PPRT untuk  Abdul Hadi
 Rumah di bina atas tanah keluarga
Pandangan hadapan rumah PPRT milik Abdul Hadi

Inilah tugas JKKK dalam mempastikan tranformasi untuk RAKYAT dapat dinikmati oleh RAKYAT melalui Gagasan Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Melalui BN /UMNO yang memerintah Terengganu,JKKK Pasir Gajah sentiasa memantau keperluan rakyat dipercukupkan...dan menjadi tugas RAKYAT untuk memastikan BN / UMNO terus menerajui Terengganu untuk menjadikan kesenambungan membantu RAKYAT dapat diteruskan.

Rumah PPRT untuk Saudara Abdul Hadi bin Mohd Arif ini adalah satu usaha murni JKKK membantu RAKYAT yang memerlukan tempat tinggal....kepada Abdul Hadi......jadikan BN sebagai satu wadah yang sentiasa di HATI.Kepada semua penduduk ....BN sentiasalah di hati semua....
 Hampir siap
Pandangan depan

Tiada ulasan: