Harapan...

Rabu, April 04, 2012

TAHLIL ARWAH DI RUMAH AHLI TABUNG KHAIRAT PASIR GAJAH

Pada 4 April 2012,Rabu malam Khamis,penulis berkesempatan bersama penduduk kampung bertahlil di rumah seorang Ahli Tabung Khairat Kematian Pasir Gajah yang lebih senang penulis kenali sebagai Pok Mat atau nama dalam IC ialah Ghani bin Hamid yang baru saja kematian isterinya iaitu Allahyarhamah  Zainun bt Daud pada 2 April 2012 Isnin lebih kurang jam 10.00 pagi di Hospital Kuantan.Pemergian Allahyarhamah turut dirasai oleh para sahabat dan ahli TKK memandangkan Allahyarhamah mudah diajak berbual dan tiada masalaah untuk hadir program yang dianjurkan oleh kepimpinan kampung.

Penulis bersama penduduk kampung yang rata-rata ahli TKK telah dua hari bertahlil di rumah arwah.Ahli Tabung Khairat Kematian sentiasa mengadakan tahlil apabila berlaku kematian dikalangan ahli atau keluarga.Penulis perhatikan,ramai kalangan sahabat handai kepada anak Allahyarhaman hadir menceriakan suasana pilu keluarga ini.
 Bilal Hj Mohamad {tepi kanan} mengetuai bacaan tahlil
 Penduduk yang hadir
 Suami Allahyarhamah,En Ghani bin Hamid mengaminkan doa
 Setiausaha TKK turut hadir
Juadah disediakan selepas tahlil

Turut serta pada malam ini ialah Ketua Kampung,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,tuan bilal Masjid Hj Mohamad atau Ibrahim yang mengetuai bacaan tahlil pada malam kedua ini.Penulis dan ahli berdoa agar roh Alahyarhamah Zainun sentiasa dicucuri rahmat.AMIN.

Tiada ulasan: