Harapan...

Isnin, April 23, 2012

MESYUARAT KHAS BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGARA UNTUK PROGRAM MUNAJAT OLIMPIK 2012

 Peg Agama MSN Ustaz Hasnor mempengerudsikan mesyuarat
 Peg dari MS Negeri Terengganu.......yang wanita tuuu
 Kalangan AJK Masjid /JKKK 
 Su JKKK bersama Pengerusi JKKK dan Ustaz Hasnor
 Doa dimohon agar majlis berjaya dijalankan
 Gambar kenangan bersama AJK dan Pegawai MSN
 Lagi gambar beramai-ramai
 Jamuan selepas mesyuarat
Jamuan di kedai Pok Pa

Pada 23 April 2012,Isnin jam 300 petang telah berlangsung mesyuarat khas antara AJk JKKK/Masjid bersama Pegawai Agama Majlios Sukan Negara {MSN} dan Pegawai dari Majlis Sukan Negeri Terengganu.MSN di ketuai oleh Ustaz Mohd Hasnor dan 4 pegawai yang lain manakala AJk JKKK di ketuai oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan AJk Masjid oleh En Mustafa bin Muda.Turut serta ialah SU JKKK En Mat Zaik serta ajak lain iaitu En Ibrahim@Harun A Rahman,En Osman Hitam,En Abbad Taib,En Abdullah Omar,En Mohamad bin Said dan Pn Nora bt Jusoh.

Dalam mesyuarat ini dicadangkan diadakan Program Munajat Olimpik 2012,yang bertujuan memohon keberkatan Allah untuk kejayaan Malaysia membawa pulang 1 pingat emas di Olimpik 2012 di LONDON.Program ini dicadangkan diadakan pada 21 JUN 2012,Khamis malam Jumaat dengan didahului Solat maghrib,bacaan yassin,tahlil,solat isyak,solat hajat dan ucapan.Turut hadir nanti ialah Dato Zulkeples bin Embong,Pengarah Majlis Sukan Negara dan VIP yang telah ditetapkan.

Pemilihan Pasir Gajah sebagai destinasi ke 9 bagi memberi pengiktirafan kepada Pemanah Negara anak kelahiran pasir Gajah iaitu Khairul Anuar bin Mohamad yang mewakili negara ke Olimpik 2012 di Kotaaraya London pada Julai 2012 nanti.Turut serta dalam mesyuarat ini ialah ayah kepada pemanah negara iaitu En Mohamad bin Said.

Tiada ulasan: