Harapan...

Ahad, April 29, 2012

K1M BERJAYA ANJURKAN PROGRAM SEMBANG PENGGUNA DAN KESIHATAN UNTUK PENDUDUK PASIR GAJAH








Pada 28 April 2012,Sabtu,Komuniti 1 Malaysia Pasir Semut Pasir Gajah telah mengadakan Program Sembang Pengguna dan Ceramah Kesihatan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman ini diadakan bermla jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Dalam program ini,K1M telah mendapat kerjasama dari Pegawai Pejabat Kepenggunaan Daerah Kemaman dan Pegawai Kawalan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.Pejabat Pengguna telah menyampaikan maklumat tentang kepentingan pengguna dan kesedaran pengguna serta hak pengguna dalam isu kepenggunaan.Manakala Pejabat Kesihatan pula memberi ceramah berkaitan dengan bahaya Aedes melalui tayangan Slide LCD. 

Hampir 100 orang penduduk telah hadir dalam majlis ini.Turut serta hadir ialah Pn Aneta Ahmad,Wakil Pegawai Penerangan Daerah Kemaman,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua Kampung Pasir Gajah,En Mustafa Muda Timbalan Pengerusi K1M,En Mat Zaik Mohd Yusof Setiausaha K1M Pasir Gajah serta semua AJk K1M.

Penduduk yang hadir pula berpeluang membawa pulang hamper sumbangan Pejabat parlimen BN/UMNO Kemaman serta hamper yang disediakan oleh K1M.Pengunjung pula dijamu dengan jamuan petang iaitu Nasi Dagang dan bubur kacang serta air teh O dan sirap sejuk.

Tiada ulasan: