Harapan...

Jumaat, Ogos 17, 2012

14 ORANG BEKAS HOME GUARD DI PASIR GAJAH DIRAIKAN OLEH JKKK

 Hj Mohd Yusof bin Taib
 Hj Ahmad bin Abd Rahman
 Osman bin Isa
 Malim bin Seman
Mohd bin Kamal Ruddin
Antara HG yang ada

Pada 15 Ogos 2012,Rabu dengan sedikit inisiatif dan kesedaran,JKKK Pasir Gajah telah mengambil satu jalan yang bdetul dengan menghargai pejuang kemerdekaan yang ada di Pasir Gajah sama ada yang telah meninggal dunia ataupun yang masih ada,dengan memberikan penghargaan dan sumbangan kepoada 14 orang Pejuang Home Guard di Pasir Gajah.

Antara pejuang Home Guard yang masih ada di Pasir Gajah ialah Hj Mohd Yusof bin Taib {Pok Soh},Abd Rahim bin Mohd Taib {Pok Jantan},Hj Ahmad bin Abd Rahman {Pok Mat Kah},Hj Malim bin Seman {Pok maling},Mohd bin Kamal Ruddin {Pok Mat laut},Osman bin Isa {Pok man}.

Home Guard yang telah pergi meningalkan kita antaranya ialah Hamid bin Bidin {Dahamid},Ahmad bin Abd Rahman {Kg laut},Ali bin Said  {Pok Ali Akhbar},Abdullah bin Said [Kg Laut} Abdullah bin Jusoh {Dolloh Kak Yoh},Tahir bin Bidin {Pok Tahir}.

Penghargaan ini dibuat sempena Kehadiran Panel Hakim Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera Kemerdekaan 2012 di hadapan bangunan Pejabat JKKK pasir Gajah.

Tiada ulasan: