Harapan...

Isnin, Ogos 27, 2012

MERDEKA MERIAH DENGAN PERARAKAN BASIKAL: CERIA BETUL....











Pada 27 Ogos 2012,Petang Isnin,KRT Pasir Gajah bersama anak-anak muda sekolah rendah Pasir Gajah elah berkumpul seramai hampir 30 orang untuk mengadakan perarakan berbasikal bagi menghayati sambutan kemerdekaan ke 55 ini.

Di bawah pengurusan Pengerusi KRT,En. M Afzalizan bin Awang Hamat bersama JKKK ,mengumpulkan anak-anak muda Pasir Gajah ini untuk menghiaskan basikal dan berarak keliling kampung bermula jam 540 petang.

Perarakan bermula di hadapan klinik Pasir Gajah dan di bawa meronda ke Rumah Murah serta masuk ke kampung Tanah Lot Pasir Gajah dan menamatkan rondaan jam 630 petang di Kedai Zaiton.Anak-anak muda yang bersemangat menghidupkan Kemerdekaan di Pasir Gajah ini di sambut oleh Pengerusi JKKK pasir Gajah di Kedai Zaiton dan anak-anak ini dijamukan dengan minuman MILO Sejuk dan roti.Perarakan ini berakhir jam 655 petang.

Tiada ulasan: